Alhamdulillah! tahun ini banyak pula berita gembira daripada selebriti tanah air. Ada yang berkahwin, bertunang dan ada juga yangi menimang cahaya mata. Kali ini Sweet Nutella ingin berkongsi kepada anda semua Lima selebriti yang telah bergelar ibu atau bapa pada tahun 2018.
1) Siti Nurhaliza
Permata hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya bergelar seorang ibu selepas beliau melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.
Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memilih hari Isnin bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka yang mana ia hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad selain bersamaan 1 Rejab dalam kalender Islam.
Pengurus Siti iaitu Rozi Razak dalam satu kenyataan media berkata, Siti melahirkan bayinya itu dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi secara pembedahan.
“Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja melawat.
“Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat,” kata Rozi.
Dalam kesempatan itu Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada keluarga, rakan, peminat serta pihak media.
Penyanyi yang berasal dari Pahang ini juga meminta untuk diberikan ruang dan masa untuk berkongsi wajah dan nama anak kerana buat masa ini beliau ingin menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.
“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Siti Nurhaliza ketika hamil empat bulan.
“Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya,” kata Rozi.
Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, penyanyi lagu Percayalah ini mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.
Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu baru berusia dua bulan.
Kehadiran anak perempuan pasangan itu menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.
2) Zizie Ezette
Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada Jumaat.
Pelakon Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Zizie, 39, melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.
Menerusi pengkongsian di Instagram Zizie meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.
Zizie kongsi berita gembira itu di Instagramnya.
“Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!
“Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).
“Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” tulis Zizie.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Datuk Seri Bung Moktar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya dan berharap keluarganya akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah.
“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua.
“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” tulisnya.
Rata-rata pengikut Zizie juga meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.
Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.
Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.
Alahai comelnya! Handsome, putih gebu
3) Mawar Abdul Karim
Isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim, 28, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram (kg) di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 4.01 petang, hari ini.
Fizo berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram peribadinya.
“Alhamdulillah, syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg pam 4.01 petang tadi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Fizo dan Mawar akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung selepas isterinya mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim awal tahun lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 10 November 2013. – https://www.hmetro.com.my
4) Nora Danish
Pelakon Nora Danish selamat melahirkan cahaya mata kedua pada awal pagi tadi.
Menurut sumber, pelakon yang popular dengan filem Polis Evo itu, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Menurut sumber, Nora melahirkan anak lelaki melalui pembedahan.
Nora pada asalnya memberitahu dia dijangka bersalin pada 9 Mac 2018.
Terdahulu, menerusi kemas kini Instagram Nedim, pelakon filem Polis Evo itu disahkan akan bersalin sekitar minggu ini.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal, 9 tahun.
5) Jihan Muse
Jihan ketika hamil bersama suaminya Ungku Hariz.
PENGACARA dan pelawak Jihan Muse selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira pukul 10.15 malam Khamis.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan anak sulungnya itu seberat 3.85 kilogram dan bayi dalam keadaan sihat.
Dia juga akan berehat selama dua bulan daripada menjalankan aktiviti seni untuk beri tumpuan kepada keluarganya.
“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.
Jihan ketika hamil.
“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan bayi dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,” katanya kenyataan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan iaitu pelakon Ungku Hariz meluahkan rasa syukur sudah bergelar seorang bapa.
Ungku juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap semua peminat akan mendoakan dia sekeluarga.
Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.
sumber : sharekan